Monday, October 12, 2009

undang undang bangunan

KESELAMATAN DAN PENGURUSANDalam apa jua bidang, isu pegurusan tidak lagi dipandang remeh terutama dalam hal-hal yang melibatkan orang awam atau masyarakat. Di mana secara tidak langsung kebajikan masyarakat akan dapat dipupuk dan terpelihara keharmoniannya. Sistem pengurusan tapak yang berkualiti akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti kerja dan pada masa yang sama juga ianya dapat mengurangkan kos pembinaan.Pengurusan tapak yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan mentah, tenaga kerja dan masa semasa kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti di tapak bina, ianya perlu dilaksanakan mengikut jadual perancangan (time schedule) yang telah ditetapkan, di mana tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan. Kelewatan akan menjejaskan keseluruhan program atau tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek boleh menyebabkan kerugian dan matlamat tidak dapat dicapai. Di sinilah perancangan, pengawalan dan pengurusan yanag sistematik diperlukan.
Kenyataan MasalahOleh kerana tiada sistem pengurusan tapak bina yang berkesan, maka pelbagai permasalahan timbul yang menyebabkan kerugian kepada kontraktor malahan kepada pemilik dan orang awam khususnya. Di antara masalah yang sering dihadapi adalah :-Kelewatan penyerahan projekOleh kerana pengurusan yang tidak sistematik akan menyebabkan pembinaan sesuatu projek itu tertunda atau terlewat dari tarikh asal penyerahan projek itu.Tekanan terhadap keupayaan Pengurusan projek.Kritikan terhadap projek pembinaan berkait rapat dengan aktiviti yang dijalankan di tapak bina. Masalah mogok, kemalangan, projek lambat, masalah pekerja yang kerap ponteng kerja dan perkara-perkara yang tidak dilapor adalah tinggi. Ini menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa ditangguhkan.
Tekanan luaranBahan binaan yang lambat dihantar akan menimbulkan masalah dan menyebabkan kos projek akan bertambah dan kelewatan pada projek. Gaya pengurusan yang tidak teratur seperti menguruskan kontrak buruh atau pembayaran kembali kontrak akan mengalami kegagalan. Pengurusan yang tidak realistik akan menambahkan masalah pengurusan di tapak yang mana tidak ekonomik serta membawa kesan yang buruk.Tekanan di tapak pembinaanCuaca yang tidak menentuKekurangan kemahiranPersekitaran kerjaMasalah pelan tapakPenyeliaanPekerja yang kurang motivasiKawalan bahan binaanKawalan dokumenSistem perancanganKeselamatan pekerjaPengurusan yang lemah ke atas sumber-sumber seperti bahan, buruh, masa dan kos.Pengurusan yang kurang sistematik di tapak bina termasuk dari segi struktur, peralatan serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan tidak bersesuaian.Kurang pengalaman serta pengetahuan di dalam sistem pengurusan di tapak bina oleh pengurus projek pembinaan.Ojektif KajianKelancaran proses pembinaan sering dikaitkan dengan pengurusan. Pengurusan yang baik akan turut menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Oleh yang demikian, aspek pengurusan semangnya tidak boleh diabaikan. Pengurusan yang berkualiti adalah merupakan nadi kepada perlaksanaan sesuatu kerja. Seterusnya membangkitkan tindakan yang sewajarnya.Objektif utama kajian kes ini ialah Mengenalpasti elemen yang penting serta kaedah-kaedah dalam menguruskan tapak bina.Mengenalpasti punca yang dihadapi oleh syarikat pembinaan yang menyebabkan kelewatan menyiapkan sesuatu projek pembinaan. (Kajian kes)Membuat cadangan bagimana sistem pengurusan tapak bina dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan melalui kaedah-kaedah yang dikenalpasti.
Skop KajianBanyak sebab-sebab yang menjadikan sesuatu projek pembinaan tidak dapat disiapkan mengikut jadual seperti masalah sosial, perkhidmatan, teknikal, kemampuan pemborong dan juga pengurusan. Oleh itu, skop kajian ini tertumpu projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan ini tertumpu kepada pengurusan tapak bina yang melibatkan aspek kelewatan dari segi kewangan dan tenaga pekerja. Bagi melengkapkan kajian ini data-data mengenai projek tersebut diperolehi.Kepentingan KajianKajian ini penting untuk memaparkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengawal kemajuan perlaksanaan sesuatu projek dengan cara pengesanan, penilaian dan pengawalan yang berkesan.Biasanya jangkamasa yang ditentukan untuk melaksanakan sesuatu projek pembinaan adalah penting bagi kedua-dua pihak iaitu pemunya projek (klien) dan juga pelaksana projek (kontraktor). Kepada kedua-duanya masa adalah wang, biasanya penjimatan dapat dilakukan sekiranya pembinaan dapat disiapkan dengan lebih awal.Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan di masa akan datang dan seterusnya dapat mengatasi masalah kelewatan pembinaan.

AMALAN PENGURUSAN TAPAK SECARA TEORIPengenalanSemua aktiviti yang terlibat dalam pembinaan di tapak bina pasti mempunyai risiko-risikonya yang tersendiri. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko tersebut, sistem pengurusan berkesan perlulah dipratikkan secara meluas. Dewasa ini, liputan berkaitan dengan pengurusan berkesan agar terbuka di media-media cetak dan elektronik terutama dalam menangani persoalan peraturan di tapak bina. Tidak dinafikan untuk meraih keberkesanan ini, pengurus sendiri terpaksa melaksanakan 10 kerja dari kebiasaan (Wan Azmi Ramli, 1985). Ia merupakan fenomena yang biasa kita lihat dalam dunia pengurusan yang berkesan terutama di tapak-tapak pembinaan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk merealisasikan keberkesanan pengurusan walaupun kesilapan pasti tidak dapat dielakkan.
Pihak Yang Yang TerlibatDalam mencapai yang berkesan pengurusan yang berkesan, peranan individu-individu dalam sistem pengurusan adalah sebagai pemangkin menjayakan matlamat. Gabungan dari kekuatan tersendiri individu-individu ini penting kerana langkah yang tidak sehaluan akan memusnahkan matlamat pengurusan. Misalnya jika tiada hubungan yang rapat antara kontraktor dengan perekabentuk atau prekabentuk dengan arkitek atau pemaju dengan kontraktor, segala masalah tidak akan menuju jalan penyelesaiannnya. Masa, tenaga dan kos akan terbuang dengan sia-sia akibat kurangnya komitmen sesama ahli. Di antara pihak yang terlibat ialah:Pihak Berkuasa/ KerajaanPemilik/ PelangganKontraktorPerunding/ PerancangPerekabentukPembekal Bahan dan LojiPekerja BinaanKewangan
Aspek Penting Dalam Pengurusan Tapak Berdasarkan kenyataan Ng Kooi Leong (1998), perkara yang perlu ditekankan dalam pengurusan tapak bina yang berkesan adalah:OrganisasiObjektifPembahagian tugas yang sistematikSumber binaanLogi binaanKawalan masa dan kosOrganisasiPembentukkan organisasi adalah perlu dalam menjayakan pembinaan. Organisasi ini mestilah mempunyai objektif-objektif yang jelas untuk menyelia atau membuat pengawalan terhadap aliran kerja yang saling kait mengait.Objektif Pihak pengurusan tapak bina mesti mempunyai objektif-objektif yang jelas dalam organisasi. Ini akan membantu ahli-ahlinya menentukan hala tugas masing-masing dan merupakan hubungan antara ahli-ahli organisasi. Ada kalanya syarikat perlu menitikberatkan objektif kakitangan dalam menentukan objektif syarikat.Pembahagian Tugas Yang SistematikPenggunaan tenaga buruh mesti diuruskan dengan teratur dan diagihkan mengikut keperluan aktiviti. Kesesuaian kerja dan kemahiran perlulah seimbang dengan jenis aktiviti yang diserahkan. Adam Smith dalam Wealth of Nation (Mohd Pshal Ab Rauh & Rozhan othman 1996) menyatakan bahawa lebih banyak berlaku pembahagian kakitangan, maka lebih banyak pekerja yang membuat sesuatu tugas secara berterusan, oleh itu lebih berkesan organisasi tersebut. Dengan kata lain individu tertentu akan lebih cekap dan efektif.
Sumber BinaanKeperluan bahan binaan harus dibekalkan pada satu-satu masa yang dikehendaki atau masa-masa yang tertentu. Ini tidak terkecuali terhadap kualiti dan kuantiti bahan yang perlu dipastikan betul dan mencukupi untuk aktiviti binaan yang tertentu.Logi BinaanPengurusan logi atau jenteraan pembinaan amatlah penting kerana ia secara tidak langsung memberikan kesan terhadap masa dan kualiti binaan. Logi perlu dipastikan disenggara sentiasa untuk mengelakkan jangka hayat dan digunakan secara efektif pada tahap optimal.Kawalan Masa Dan KosDua aspek yang merupakan nadi kepada perkembangan tapak pembinaan adalah masa dan kos. Kawalan ini penting supaya projek dapat diselesaikan pada masa yang terpendek, tidak melebihi kos yang diperuntukkan dan kualiti yang dijangkakan. Aspek Penting Pengurusan Tapak BinaPengurusan Organisasi Di Tapak BinaPengurusan organisasi ini diasaskan untuk memperlihatkan hiraki, agihan kuasa dan tanggungjawab dalam organisasi. Merupakan pusat pengendalian, penyelarasan, penyeliaan dan pengawalan segala aktiviti di tapak binaan. Pengurusan organisasi yang efektif amat berkait rapat dengan hasil akhir pembinaan. Keberkesanan organisasi membolehkan tapak bina diuruskan dengan sempurna di mana perjalanan pentadbiran licin,kurang perselisihan dan kos pentadbiran yang optimum serta tiada masaalah yang kritikal di sepanjang masa pembinaan. Begitu juga dengan penggunaan sumber binaan dan loji pada tahap optimum. Hubungan antara ahli organisasi yang lebih berkesan dapat meningkatkan semangat untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
Faktor-faktor KeberkesananFaktor-faktor keberkesanan ini adalah penting untuk mengukur sejauh mana ahli-ahli organisasi melaksanakan objektif dan tugas yang diamanahkan.Antara faktor-faktor tersebut ialah (Ng Kooi Leong (1998) dan Selva (1997)).Objektif dan darjah pemahamanStruktur organisasiAgihan tugas kuasa dan tanggungjawabKomunikasi dan perhubunganPenyelarasanObjektif Dan Darjah PemahamanSetiap organisasi tapak binaan perlu mempunyai objektif-objektif yang jelas. Objektif yang jelas ini amat berguna untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan dan menyelesaikan masaalah. Antara kepentingan memahami objektif ialah:i.Tahu apa yang diharapkan oleh organisasi terhadap mereka.ii.Faham akan kedudukan organisasi dan apa yang boleh mereka harapkan daripada organisasi.iii.Boleh menilai tujuan penubuhan organisasi dengan tujuan peribadi mereka.Struktur OrganisasiStruktur organisasi adalah berbeza antara satu tapak binaan dengan tapak binaan yang lain. Kebiasaannya ia bergantung kepada saiz syarikat pembinaan, jenis kerja yang hendak dijalankan, tempoh pembinaan, jarak tapak binaan dengan ibu pejabat dan polisi syarikat. Struktur organisasi ini penting di tapak binaan untuk:i.Memperlihatkan rantaian arahan daripada jawatan yang tertinggi sehingga ke peringkat yang terendah.Memperjelaskan bahagian-bahagian dalam organisasi seperti pentadbiran, kewangan dan teknikal.Memberikan gambaran kasar tentang perhubungan dan tahap komunikasi antara ahli-ahli organisasiMemperjelaskan tugas dan tanggungjawad dalam sesebuah organisasi.Apa yang jelas di sini, organisasi perlu disusun sesederhana mungkin sesuai dengan projek dan ahli-ahli organisasi harus tahu dan faham akan tugas, tanggungjawab serta bidang kuasa masing-masing.
Agihan Tugas, Kuasa Dan TanggungjawabPengagihan tugas adalah perlu untuk melicinkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti. Ia dikhususkan kepada pekerja di tapak binaan sama ada mahir, separuh mahir dan tidak mahir kepada bidang tugas yang bersesuaian ke tahap yang paling optima. Tujuan pembahagian tugas ini adalah untuk: Mengelakkan seseorang itu dibebani tugas yang keterlaluan berbanding orang lain.Penyerahan kerja hendaklah berdasarkan akademik, pengalaman, usia dan jantinaMenjelaskan tugas dan mengelakkan timbul salah faham.Pembahagian tugas ini hendaklah disertakan dengan kuasa atau hak membuat keputusan dan tindakan iaitu sebagai garis panduan kepada ahli-ahli organisasi. Penjelasan ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang apa jawatan dan tugas yang diserahkan serta apa yang diharapkan oleh organisasi dan bagaimana untuk melaksanakannya sebaik mungkin.
Komunikasi Dan PerhubunganKomunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan arahan dengan pantas dalam pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap tersebut, organisasi yang sesuai perlu diwujudkan dan dilaksanakan. Secara dasarnya pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima (Mohamad Salmi, 1996) iaitu:Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis adalah seperti perlaksanaan aturan projek, memohon data, membuat perakuan dan bayaran serta membuat laporan bulanan dan sebagainya. Bentuk komunikasi ini biasanya mengikut cara yang piawai seperti lukisan spesifikasi dan dokumen kontrak yang mana kerja di huraikan dengan jelas dan ringkas. Ini bertujuan supaya penyelia dan pihak yang terlibat semasa projek siap memahami sama ada hasil kerja adalah memuaskan atau sebaliknya.Kaedah bertulis ini perlu untuk:
Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.b.Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.c.Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas.d.Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusunan pentadbiran yang baik untuk penyebaran.e.Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam situasi- situasi yang sesuai. Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi Bertulis.KebaikanKekurangan1. Mesej yang sama dengan semua orang.2. Cepat.3. Pengaturan masa yang teliti boleh memastikan mesej diterima oleh semua orang dalam masa yang sama.4. berguna untuk maklumat yang tidak ‘kritis.5. Pengedaran dalam beberapa cara (cth : notis, surat, individu dan lain-lain) secara serentak.6. Membantu menyokong komunikasi lisan yang melibatkan subjek.7. Menjadikan tindakan tatacara, sistem, peraturan dan sebagainya sesuatu yang lazim dan merekodkannya.8. Bentuk biasa untuk menghantar laporan dan cadangan.
1. Tidak semua orang memilih untuk membaca (tiada jaminan mesej telah sampai)2.Pemahaman yang berlainan antara seseorang mengikut perbendaharaan kata mereka.3. Tiada peluang untuk menjelaskan, menyoal, mendapat jawapan dan berbincang.4. Sukar menyampaikan kepentingan dan penekanan relatif.5. Mengurangkan perasaan keterlibatan dan menghalang pertukaran maklumat serta pandangan.6. Perkataan mungkin kabur, mengelirukan dan salah faham. .
Komunikasi Lisan Secara LangsungKomunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal peribadi, menyelesaikan masalah dengan pantas dan berkesan serta membuat keputusan. Komunikasi ini sesuai dipratikkan dalam organisasi yang kecil kerana jumlah anggota yang sedikit. Ia kerap dilakukkan dalam bentuk lisan atau bersemuka, melalui telefon dan nota bertulis (cepat, cekap dan berkesan). Iaitu tidak bergantung kepada perkataan sahaja tetapi lebih kepada interaksi spontan dan tindakan yang cepat.Komunikasi jenis ini perlu untuk:Persediaan yang teliti.Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik.Pengentahuan yang luas.Mampu mengawal dan menjawad soalan.Kebolehpercayaan kumpulan.Galakan penyertaan dan penglibatan. Perbandingan Kebaikan Dan Keburukan Komunikasi LisanKebaikanKekuranganKesan langsung terhadap individu atau kumpulanMembolehkan penilaian reaksi, perbincangan atau penyampaian diubahsuai sewajarnya.Boleh menggunakan perkataan biasa mudah difahami.Boleh bertanya soalan dan mendapatkan jawapanPenyampai boleh menyemak asimilasi.Memungkinkan pengukangan, menggulung hujah dan penekanan khas sebagaimana perlu.‘Memperibadikan’ kualiti dan penambahbaikanMembantu proses penyertaan dan penglibatan.Boleh mendapat komitmen semua peringkat individu.Bergantung kepada kemampuan individu untuk komunikasi yang berkesan.Memerlukanmasa untuk disediakan dengan teliti berbanding dengan kerumitan perkara itu.Tidak menjamin keseragaman kandungan dan pemahaman antara kumpulan berdasarkan agenda umum.Memekan masa dan biasanya berkesan bagi kumpulan yang kecil.iii.Komunikasi Lisan Tidak LangsungKomunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu yang mendengar mesej dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal. Tidak fleksibel dan tidak dapat disesuaikan dengan mudah menurut keperluan individu.iv.Komunikasi Visual.Kaedah melalui penglihatan adalah lebih berjaya berbanding secara pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa.v.Komunikasi Melalui ContohKomunikasi yang dimaksudkan ialah berdasarkan contoh peribadi iaitu perantaraan yang berkuasa membuat seseorang memahami mesej, komunikasi melalui contoh boleh dilakukan dengan:Cara individu berkelakuan di tempat kerja.Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat.Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami dan mengelak masalah daripada timbul.Belajar bagaimana memahami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain (komitmen).Patuh pada peraturan, tatacara, sistem, pengendalian piawai dan amalan.Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti.Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggaan dan keyakinan dalam diri dan organisasi.Semua jenis komunikasi di atas perlu diseimbangkan dan boleh dilaksanakan semasa mesyuarat yang terdiri daripada perbualan dan pertemuaan ringkas kepada persidangan, jawatankuasa, kumpulan kerja dan mesyuarat projek. Untuk membentuk komunikasi yang berkesan apa yang perlu adalah:
Ringkas dan berterusan
Anggap satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Dituju pada individu yang betul dan maksud yang tepat.Interaksi dua hala – kedua-dua pihak berpeluang menyuarakan pendapat.Garis komunikasi yang jelas terhadap carta organisasi.PenyelarasanPenyelarasan dalam organisasi adalah penting terutama bila melibatkan kerja berkumpulan (teamwork). Penyelarasan tugas ini sesuai diaplikasikan untuk:Memastikan tumpuan ahli organisasi lebih kepada mencapai objektif kerja seterusnya objektif syarikat.Mengelakkan sikap melepaskan tanggungjawab di antara ahli organisasi.Menyedarkan ahli organisasi tentang pentingnya semangat saling membantu dan bekerjasama dalam perlaksanaan tugas.Memberikan pendedahan supaya timbul sikap terbuka di antara ahli untuk memberikan pendapat atau mengutarakan masalah dan sama-sama menyelesaikannya daripada hasil keputusan yang baik.Membuang sikap ahli organisasi yang memikirkan dirinya merupakan orang yang terpenting dalam organisasi.Antara prinsip penyelarasan yang perlu diberi perhatian ialah:Penyelarasan mestilah dimulakan dari peringkat awal projek dan ianya harus berterusanPenyelarasan secara menyeluruh iaitu meliputi pengurusan semua aspek seperti bahan, buruh, loji, aktiviti-aktiviti di tapak dan sebagainya.Penyelarasan yang lebih efektif dan terbaik boleh dicapai melalui beberapa faktor seperti:Struktur organisasi yang ringkas dan mudah.Komunikasi berkesan, merupakan asa kepada kejayaan penyelarasan.Hubungan rapat sesama ahli, mengurangkan perselisihan atau pertelingkahan sesama ahli.Keadilan dalam mengagihkan kuasa, tugas dan tanggungjawab berpadanan dengan kemampuan ahli.Penyelarasan dilaksanakan dari peringkat perancangan awal iaitu segala aktiviti hendaklah diselaraskan degan sumber binaan seperti bahan dan loji pada masa yang tertentu.Penyelarasan yang baik akan disertai dengan pengawasan dan penyeliaan tetapi perlu dipastikan ianya tidak menimbulkan sikap menindas terutama antara ahli organisasi dengan pekerja bawahan (buruh)Terdapat 9 aspek utama untuk menjayakan penyelarasan kerja berkumpulan yang boleh dijadikan garis panduan ( Institut Jurutera Malaysia, 1985). Gabungan aspek-aspek kerja ini adalah seperti di bawah dan boleh dirujuk melalui Rajah 2.4.Memperbaharui ( innovating)Pendekatan baru terhadap kerja melalui kajian dan penciptaan.Memperkenalkan (promoting)Mencari kaedah yang terbaik dan menyakinkan bagi semua pendekatan yang baru.Mengembangkan (developing)Membuat penilaian terhadap projek dan mencari kaedah pendekatan terbaru yang boleh digunakan secara efektif.Penyusunan (organizing)Menubuhkan dan melaksanakan pelbagai kerja mengikut laluan kerja yang telah tertentu.Mengeluarkan (producing)Melengkapkan tanggungjawad dan memajukan pengeluaran yang berdasarkan kesederhanaan.Pemeriksaan (inspecting)Untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi, penyemakan dan sistem pengauditan perlu dilaksanakan.Penyelenggaraan (maintaining) Menyelenggara secara berkumpulan untuk menjaga atau menjamin kualiti peralatan yang digunakan, pemprosesannya dan mengikut piawaian tertentu.Penasihatan (advising)Bersama-sama mengumpulkan dan berkongsi maklumat dan sumber.Perhubungan (linking)Menguruskan dan menyelia kerja dalam kumpulan di mana ahli-ahli organisasi memainkan peranan menjayakan objektif.
Hubungan Penyelarasan Kerja Yang BerkesanPengurusan Aktiviti Di Tapak BinaanSegala aktiviti di tapak binaan perlu diuruskan dengan teliti dan terperinci untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan Segala aktiviti di tapak binaan perlu diuruskan dengan teliti dan terperinci untuk menjamin kualiti kerja selaras dengan jumlah pekerja yang di tempatkan di tapak projek. Pengurusan aktiviti yang berkesan ditapak bina biasanya 0melibatkan beberapa perkara seperti pengurusan buruh, peralatan, bahan pengawalan terhadap kos, kualiti dan masa, kesihatan dan keselamatan, penyelarasan kerja, organisasi tapak dan mesyuarat.

Penyelarasan Aktiviti Di Tapak Binaan(Sumber : Nota Pengurusan Pembinaan – SAW 5113)
Pengurusan BuruhBuruh di tapak bina terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat asing yang diperoleh melalui agensi dengan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, sistem pengurusan buruh adalah agak kompleks. Di sini hubungan yang baik perlu disemai bagi melancarkan lagi sistem pengurusan buruh yang efektif.Sistem Yang DigunakanBagi pengurusan buruh terdapat sistemnya yang tersendiri dan biasa digunakan. Berikut adalah sistem-sistem yang biasa dipakaiguna disemua tapak binaan (Selva, 1997):Sistem Sub-kontraktor DinamakanSub-kontraktor dinamakan adalah sub-kontraktor yang dilantik di mana perlaksanaan kerjanya memerlukan kepakaran tertentu. Ia biasanya dilantik oleh pihak perunding dengan persetujuan pemaju. Sub-kontraktor ini adalah di bawah pengawasan pemaju dan segala persoalan perlu diajukan terus kepada jurutera perunding atau arkitek. Di sini kerjasama yang jitu dengan kontraktor utama amat perlu agar tidak menjejaskan perjalankan projek. Antara kerja-kerja yang biasa dilaksankan ialah:
Pemasangan lif.Pemasangan sistem mencegah kebakaran.Pemasangan talian elektrikMemasang sistem penghawa dingin.Pemasangan sistem pembentungan dan lain-lain.Sistem KapalaKebanyakan sistem pembinaan di Malaysia menggunakan sistem ini di mana kerja-kerja tertentu diserahkan kepada kapala-kapala yang berpengalaman yang mempunyai pekerjanya sendiri. Kapala-kapala ini diawasi dan diselaraskan oleh pengurus tapak untuk melancar dan siap pada jangka masa yang ditetapkan. Pengkhususan kerja bagi kapala-kapala ialah:Mengikat bata.PerparitanPertukangan kayuPemasangan besi tetulangKerja-kerja pengkonkritan dan lain-lain.Sistem Kongsi-KongKongsi-kong adalah buruh kelas terendah di mana ia gaji harian dan di bawah seliaan pengurus tapak. Penggunaannya tidaklah terlalu meluas berbanding sistem kapala. Kerja-kerja umum yang biasa dilakukan ialah:
Mengangkat bahan binaan dari lori.Pembersihan kawasan tapak bina.Mengangkat batu-bat atau besi tetulang ke tempat ia diperlukan dan lain-lain.Walau bagaimanapun, rangkuman ketiga-tiga system di atas amat diperlukan di tapak bina untuk penghasilan mutu kerja yang maksimum disamping kos yang minimum.Meningkatkan Produktiviti KerjaApa yang diketahui kerajaan telah melancarkan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Menurut Pegawai Eksekutif LembagaPembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD), mewajibkan semua pekerja binaanmenjalani ujian sebelummemperbaharui pendaftarannya manakala , pekerja asing sector binaan akan disyaratkan mendaftar dengan CIBD dan perlu menjalani ujian kemahiran sebelum permit kerja mereka dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.Ini merupakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran pekerja binaan dan kuanliti bangunan. (Selva,1997 dan Nota Kuliah SAW5113, 1997). Disamping itu, produktiviti kerja juga dapat ditingkatkan dengan beberapa jenis motivasi seperti:
Motivasi Bukan Berbentuk Kewangan.Motivasi yang dimaksudkan adalah berkaitan kemudahan dan kebajikan pekerja yang disediakan oleh pihak pengurusan projek seperti:Tempat tinggal sementara.Kemudahan bekalan air dan elektrik.Khidmat kesihatan.Perlindungan insuran.Kantin.Keselamatan tapak binaTanda keselamatan di tempat berbahaya, kebersihan tapak dan menganjurkan latihan mencegah kemalangan.Motivasi Berbentuk KewanganTerdapat pelbagai alternatif berkaitan denagn motivasi berbentuk kewangan, antranya ialah:Upah Upah buruh mestilah mengikut pasaran semasa dan tepat pada masanya. b. Bonus - Pemberiaan bonus apabila projek dapat disiapkan lebih awal dari masa yang di jangkakan.
c. Pengagihan untungKeuntungan yang diperoleh oleh kapala diagihkan sama rata antara
Mereka.Agihan Buruh Binaan Yang SistematikMengagihakan tenaga buruh mengikut keperluan bagi setiap aktivit. Pengagihan buruh boleh menggunakan teknik seperti :Carta bar
Kaedah lalui kritikal (CPM)Henry Gantt (Mohd Pishal Ab Rauh & Rozhan Othman , 1996), mencadangkan konsep kadar bonus iaitu bonus diberikan kepada setiap prestasi yang melebihi daripada piawaian yang ditetapkan. Konsep ini telah digunakan secara meluas di sektor swasta bagi meningkatkan kualiti dan produktivit pekerjanya.SokonganSokongan yang dimaksudkan adalah galakkan melalui khidmat-khidmat nasihat untuk menaikkan semangat berkerja (moral). Menjaga kepentingan dan hubungan baik dengan buruh binaan.
Pengurusan Sumber BinaanSebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi bahan binaan. Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia banyak melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan, penggunaan, pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah individu yang menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.Merancang PembelianPembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia diperlukan dan menepati beberapa cirri berikut (Selva, 1997):KuantitiKualitIHarga yang berpatutanMasa penghantaran yang tepatJenis bahan yang betulTempat penghantaran yang betulJenis pengangkutan yang sesuai.
Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui kritikal. Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu bagi memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang betul.Reputasi pembekal di pasaran.Harga bahan yang ditawarkanKedudukan kewangannyaBeberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:Banyaknya bahan yang ada di tapak binaPemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di tapak bina bagi mengelakkan pembaziran.Bila bahan tersebut diperlukanApabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah dilakukan dalam masa terdekat di mana ia dikehendaki.Tempat di mana bahan diperlukanTempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan kesilapan penghantaran.Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapakKesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada perlindungan dan keselamatan bahan.Penerimaan, Pemeriksaan dan MerekodBahan yang diterima darapada pembekal perlu diperiksa dan direkodkan. Pemeriksaan yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:Jenis bahanKuantiti bahan.Kuantiti bahanCara dan bagaiman ia diperiksa adalah bergantung pada jenis, harga dan cara pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit penghantaran pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah tanpa pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan sama ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978). Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan kesesuaian sama ada dengan cara (Ian Chadler,1978):PenglihatanPada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana kualitinya dapat dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segikawalan kualiti, melalui pemeriksaan secara ‘visual’ kerosakan bahan dapat diketahui dengan mudah.SentuhanWalaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan iniadalah terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen, ‘plaster’dan perabot kayu.PensampelanKaedah pensampelan digunakan bagi bahn tertentu yang dihantar secara pukal untuk diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan biasa dilakukan bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi batu baur, bata, kayu dan komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa secara satu persatu.Setelah berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran perlu ditandatangani. Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan. Salinan resit diserahkan kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk rujukan apabila menyemak ‘invois’ yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran diserahkan.Penyimpanan BahanPenyimpanan bahn binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Pemilihannya adalah berdasarkan:i.Jenis bahan yang tidak disimpanIaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza kaedah penyimpanan dan perlindungannyaKeaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar Sesuai ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan penggunaan bahan.Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis bahan yang memerlukan penjagaan yang agak rapi.Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan pengagihan bahan.Kawalan Dan Keselamatan Terhadap Bahan BinaanBahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan kehilangan. Ian E. Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya disebabkan oleh tindakan pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak dapat dijangkakan, begitu juga dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap pencuri amatur. Individu ini boleh dianggap ‘vandalism’. Tahap kehilangan dan kecurian bergantung kepada beberapa perkara seperti:Lokasi tapak binaProjejk yang berhampiran kawasan perumahan memungkinkan kerugian besar akibat tindakan ‘vandalism’ sesetengah remaja dan kanak-kanak yang menggunakan tapak bina sebagai tempat bermain.
Persekitaran tapakPengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar bertujuan melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula sekiranya terletak di laluan orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan bersebelahan.Jenis Bahan.Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah jenis-jenis yang mudah hilang di tapak bina.Nilai bahan.Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi aspek utama ia dicuri. Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan tehadap keselamatan bahan ialah:Pemasangan pagar.Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan menghalang pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagaiKawasan larangan.ii.Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.Penggunaan lampu jenis ‘floodlight’ merupakan kaedah paling effektif untuk mencegah pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga boleh di gunakan untuk menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap. iii. Menempatkan pengawal pada waktu malam.Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang sentiasa memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau mencegahhadirnya pencuri atau perosak harta awam. iv Memasang alat pencegah. Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya kebakaran yang tidak diduga. v. Merekod bahan Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti penerimaan diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan untuk mengelakan penyelewengan atau kehilangan.Pengurusan Jentera/ Loji BinaanPenggunaan loji pada masa kini amat meluas di mana ia merupakan dana yang membantu mempercepatbina projek yang sedang beroperasi. Perolehan keberkesanannya adalah selari dengan pengurusannya yang rumit di mana melibatkan perancangan, penyewaan atau pembelian, pengagihan, penggunaan dan penyenggaraan.
Perancangan Dan AgihanPerancangan dan agihan loji bergantung kepada aktiviti yang memerlukannya. Keputusan yang diambil mestilah tepat dan berpadanan untuk mengelakkan pembaziran. Berikut adalah cirri-ciri yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan terhadap perancangan ( Selva ,1997):Jenis aktiviti.Jenis loji yang bersesuaian denagan aktiviti.Bila dan berapa lama loji diperlukanKesesuaian loji dengan lokasiKehadiran loji sama ada mengganggu atau tidak.
Pembelian / PenyewaanPengurus tapak perlu membuat pertimbangan dan keputusan sama ada loji perlu dibeli atau disewa. Nasihat boleh diperolehi dari pembekal, ‘master machine’ dan mereka yang lebih berpegalaman berkaitan logi memandangkan kos penyewaan dan pembelian adalah agak besar. Sebelum membuat keputusan beberapa ciri berikut perlu difikirkan:Logi diperlukan untuk janga masa yang panjang atau pendek.Sejauh mana logi tersebut boleh membantu berbanding kos yang bakal dikeluarkan.Kemampuan dari segi kewangan syarikat.Kos penyelenggaraan.Keperluaan logi untuk projek akan datang.Penggunaan Dan Penyenggaraan logiPenyelenggaraan secara berkala adalah baik untuk penggunaan yang optimum. Tetapi apa yang berlaku ialah diselenggarakan apabila berlaku kerosakkan. Kelebihan yang diperolehi sekiranya diguna dan disenggarakan dengan baik, merujuk kepada Selva (1997) dan Ng Kooi Leong (1998) ialah:Berupaya mencegah kerosakkan hingga ketahap minimum.Boleh menjimatkan kos pembaikan dan penggunaan.Meningkatkan produktiviti logi.Menambahkan hayat logi.Kos mendapatkan dan penggunaan logi di tapak bina adalah agak tinggi. Oleh itu, untuk langkah pengawalan, penggunaan logi perlu dicatatkan masa, kos dan pergerakannya di tapak bina. Ketiga-tiga aspek di atas boleh diaplikasikan untuk menilai keberkesanannya.i.MasaCatatan masa akan memudahkan urusan pengurus untuk menentu dan memeriksa jumlah sebenar logi beroperasi.ii.KosCatatan kos penyelenggaraan merupakan satu langkah pengawalan terhadap kos pembinaan. Antara kos yang diambilkira ialah:iii.Bahanapi / minyak pelincirKos pembaikanKos penggantian.iv.Pergerakkan.Pergerakkan logi perlu dicatat untuk mengesan kedudukan logi pada bila-bila masa, digunakan oleh siapa dan untuk aktiviti apa. Cara ini boleh mengelakkan kehilangan dan loji yang terbiar.Antara objektif penyenggaraan [ John S. Oakland, (Mohamad Salmi, 1996)] ialah:Membolehkan kualiti keluaran dan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan dicapai melalui kelangkapan yang sesuai, diservis dan dikendalikan dengan betul.Memaksimumkan hayat berguna logi.Menjaga kelengkapan atau logi agar selamat dan menghalang timbulnya bahaya dari segi keselamatan.Meminimumkan pelbagai proses.Meminimumkan jumlah kos pengendalian yang berpunca secara langsung dari servis dan pembaikan kelengkapan.Meminimumkan kekerapan dan teruknya gangguan pengendalian proses.Memaksimumkan keupayaan produktif dari kelengkapan atau sumber yang ada.Kawalan Dan Keselamatan Logi
Kehilangan logi akan menyebabkan kontraktor menghadapi krisis kewangan. Kehilangan yang sukar diganti turut memberikan kesan terhadap perjalanan aktiviti projek. Kawalan dan keselamatan logi adalah perlu agar dapat mengurangkan risiko-risiko seperti:i.KerosakanAkibat kurangnya pengawalan dan penyelenggaraan yang tidak menentu.Kemalangan jiwa.Kurangnya mengambil perhatian terhadap loji akan memberi kesan terhadap hayat, kebolehkerjaan dan kehayatan loji.Penambahan kos.Kekerapan kerosakan akan menambahkan kos loji dan jika kerosakan adalah kritikal akan menambahkan kos projek atau mengurangkan peruntukan bagi aktiviti lain.Antara pertimbangan terhadap langkah-langkah pangawalan loji adalah:Pengoperasian loji adalah dilakukan oleh individu yang mahir dan berpengalaman.Loji digunakan pada tahap optima.Penggunaan loji mestilah sentiasa diawasi dari masa ke semasa.Pengurusan Masa, Kos Dan KualitiKemampuan menguruskan masa, kos dan kualiti adalah titik penentu kejayaan projek. Tujuan pengurusan ketiga-tiga aspek ini ialah supaya:Projek dapat disiapkan pada atau sebelum masa yang dijangkakan.Kos pembinaan tidak melebihi peruntukan projek.Memperolehi kualiti bangunan yang dijangka dan diharapkan.Pengurusan semua aspek di atas perlu memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan menjejaskan prestasi perlaksanaan yang sukar dikawal seperti:Cuaca yang tidak menentu.Bekalan bahan binaan dan loji bergantung kepada keadaan pasaran, kecekapan pengurus tapak, hubungan pembekal dengan majikan.Keperluan tenaga buruh bergantung kepada permintaan dan tawaran.Mesyuarat TapakMesyuarat tapak diadakan untuk melihat dan mengentahui kemajuaan kerja. Terdapat beberapa jenis mesyuarat tapak iaitu:Mesyuarat teknikal. Ia adalah melibatkan perbincangan teknikal antara kontraktor,jurutera perunding (awam, struktur, mekanikal dan elektrikal), arkitek, jurukur bahan dan pengurus projek.Mesyuarat pengarah dan wakil tapak. Mesyuarat ini melibatkan kontraktor, jurutera perunding, jurukur bahan dan pemaju untuk mengentahui kemajuan tapak binaan.Mesyuarat sub-kontraktor. Mesyuarat ini melibatkan pengurus binaan, kontaraktor, wakil-wakil sub-kontraktor dan kapala. Di sini kemajuan sebenar tapak diketahui termasuk sebab-sebab kelewatan, permasalahan dan cara menyelesaikannya.Mesyuarat kemajuan ini perlu diadakan secara berkala iaitu dua minggu sekali atau sebulan sekali mengikut keperluan dengan persetujuan semua pihak yang terbabit.Mengumpul Dan Menganalisa : Masa, Kos Dan KualitiUntuk menganalisa kos sebenar berbanding kos yang diperuntukkan, pengumpulan data-data diperlukan terutama berkaitan dengan buruh dan loji. Penganalisa ini biada dilakukan oleh pengurus tapak. Seterusnya keadaan di tapak dapat diketahui sama ada:Kedudukan kewangan melebihi peruntukan yang ada.Kemajuan kerja sebenar mendahului atau ketinggalan dari jadual kemajuan kerja yang dirancang.Kualiti kerja adalah seperti yang dijangkakan.Langkah-langkah PenyelesaianSekiranya penganalisaan di atas lebih cenderung ke arah negatif, di mana masa dan kos tidak terkawal serta kualiti yang terabai. Langkah-langkah penyelesaian perlu dipergiatkan:Masa.Mempercepatkan kerja-kerja pembinaan seperti:Menambahkan bilangan buruh.Penggunaan loji yang efektif dan produktif.Perlaksanaan kerja lebih masa.Motivasi berbentuk galakan atau kewangan.ii.KualitiKawal semua aktiviti secara langsung atau tidak melibatkan kualiti iaitu:Pengawasan dipertingkatkan.Pengujian ke atas bahan yang diterimaPemeriksaan mengejut dan ujian in-situPemeriksaan menyeluruh sebelum memulakan sesuatu aktiviti.Penyingkiran buruh yang tidak mengikut arahan.Dari segi Keselamatan untuk mengelak daripada kecuaianIsu ini sentiasa digembar-gemburkan agar tidak berlaku pengabaian terhadap pentingnya nilai keselamatan dan perlu ada pihak yang menguruskannya. Seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Lim Ah Lek (Utusan Malaysia, 2 September 1996), majikan sektor industri berisiko tinggi perlu mempunyai pegawai yang berkelayakan untuk membantu merancang dan memberikan meklum balas mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. Dengan ini, mesyuarat yang terlibat perlu bersikap prihatin dan mengambil berat.
Objektif Pencapaian objektif pengurusan keselamatan perlulah diselaraskan dengan objektif pengurusan pembinaan. Apa yang nyata, kebanyakkan kontraktor tidak dapat mencapai objektif keselamatan secara menyeluruh. Menurut Selva (1997) antara objektif keselamatan yang seharusnya dihayati dan diberi perhatian ialah:i.Sebagai garis panduan.Penerangan yang jelas kepada setiap individu mengenai pengurusan keselamatan di tempat kerja terutama kepada pekerja-pekerja baru sebagai asas panduan keselamatan.Kemahiran dan latihan yang kurang merupakan factor berlakunya kemalangan yang serius.ii.Risiko kemalangan yang minimum.Pengamalan dan mengutamakan keselamatan diri dan keselamatan pekerja lain boleh meminimumkan keselamatan.iii.Kayu pengukur kemantapan pengurusan. Peminimumam kemalangan boleh dijadikan kayu pengukur serta batu loncatan kepada kejayaan dan keberkesanan pengurusan keselamatan. Ia turut mengambarkan imej pekerja yang mengamal dan mengutamakan system keselamatan berkesan.
Punca-punca KemalanganSegala peristiwa yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya, begitu juga dengan kemalangan yang terjadi di tapak bina. Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab atau punca yang menyumbang kepada peratus kemalangan yang semakin meningkat. Berikut adalah sebahagian daripada punca-punca kemalangan:i.Persekitaran tapak binaan yang kompleks.Projek yang terlalu kompleks kerap dikaitkan dengan ketidaksesuaian pekerja menjalan aktiviti seperti:Tenaga kerja yang tidak menentu.Risiko yang berubah-ubah.Pendedahan yang keterlaluan terhadap panas dan hujan yang tidak menentu.Keupayaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal.ii.Faktor kemanusiaan. Faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti di bawah:
a.Kecuaian pihak pengurusan.Kurang kemahiran atau pengetahuan berkaitan keselamatan.Sistem pengurusan yang tidak teratur / sempurna.Alat keselamatan yang tidak lengkap.Kegagalan mengamalkan sistem pengurusan keselamatan.Arahan yang tidak menjamin keselamatan pekerja.b.Kecuaian pekerja.Keengganan menggunakan peralatan atau kemudahan yang disediakan.Kurang pengetahuan, kemahiran dan pendedahan.Kurang daya ketahanan badan dan fikiran.Bekerja tanpa latihan kemahiran secukupnya.Kelalaian mengikut garis panduan yang sepatutnya.Tiada arahan untuk mengendalikan loji dengan selamat.c.Keadaan tapak bina.Kaedah pengurusan keselamatan yang lemah.Tiada pengentahuan dan pendedahan berkaitan piawai bangunan.Ketiadaan papan tanda keselamatan.d. Ketiadaan pegawai keselamatan.Sesetengah projek tidak mempunyai pegawai keselamatan khas. Tugas ini biasa diserahkan kepada individu yang menguruskan tapak tanpa kelayakan mengendali soal keselamatan tapak. Oleh itu, penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa adalah perlu memandangkan tanggungjawad yang harus dipikul adalah besar. Semakin besar sesuatu projek maka semakin berat tanggungjawad yang terpaksa dilaksankan.iii.Kaedah dan peralatan yang digunakanWalaupun objektif utama kontraktor adalah keuntungan, isu keselamatan tidak seharusnya diperkotak-katikkan. Penggunaan loji yang keterlaluan untuk mengejar masa menyebabkan kontraktor lupa akan tanggungjawad terhadap penyelenggaraan loji. Penyelenggaraan yang berkala atau menyeluruh akan menjamin keselamatan. Pengabaian keselamatan mencerminkan pengabaian terhadap nyawa sendiri dan nyawa orang lain.Sikap seperti sekali rosak, sekali senggara perlu dihapuskan daripada kotak fikiran kerana ia berpotensi memendekkan hayat loji. Latihan kemahiran dan cara pengurusan loji hendaklah dipelajari oleh mereka yang mengendalikan loji seperti yang dinyatakan oleh Datuk Lim Lam Thye ( Utusan Malaysia, 9 0gos 1997), bahawpengendali kren perlu menjalani latihan operator kren di mana sijil perakuan kelayakan akan dikeluarkan.Sistem Pengurusan KeselamatanSesuatu pengurusan yang bersistem merupakan pemangkin kecapaian dan keberkesanan. Perkara utama dalam pelaksanaan pengurusan bersistem ialah organisasi atau jawatan kuasa yang bertindak merealisasikan peraturan-peraturan system, membuat pengawalan-pengawalan terhadap system dan berupaya memberikan maklumat ringkas berkaitan dengan sistem pengurusan tersebut.i.Jawatankuasa keselamatan.Apabila sesuatu projek melibatkan lebih dari 50 orang, satu jawatankuasa keselamatan tapak adalah digalakkan ditubuhkan. Laporan keselamatan perlu disertakan bersama-sama laporan bulanan. Begitu juga laporan berkait dengan kemalangan yang berlaku. Jawatankuasa teratas mestilah terdiri daripada:Pengurus projekPengurus tapakPegawai keselamatanPenyelia keselamatan kontraktor dan sub-kontraktor.Antara tanggungjawab ahli jawatankuasa keselamatan ialah: Mengutarakan cadangan dan arahan kepada pekerja untuk mengelak dan mengurangkan Kajian kemungkinan terhadap punca-punca kemalangan. Pemeriksaan berkala terhadap segala peralatan dan kemudahan. Kenalpasti kesesuaian kaedah dengan keadaan tapak Kenalpasti kesesuaian peraturan dengan persekitaran tapak.Berganding bahu merangka peraturan-peraturan keselamatan. Jaminan kerjasama di semua peringkat pekerja. Membuat perangkaan kemalangan di tapak bina. Latihan kemahiran panduan diberikan kepada semua pekerja baru dan mereka yang bertukar tempat kerja.j. Membuat laporan untuk mengkaji keberkesanan dan ketidakpuasan terhadap sistem tersebut.Selain daripada tanggungjawad yang mesti dipenuhi, satu mesyuarat berkala perlu diadakan dari bulan ke bulan untuk membincangkan perkara-perkara seperti:Peringatan dari pengurus projek.Laporan kemajuan keselamatan dan langkah pencegahan bagi aktiviti mendatangkan yang berisiko.Membincangkan persoalan dan permasalahan daripada semua ahli.ii.Peraturan-peraturan keselamatan.Kewujudan peraturan ini penting untuk mengingatkan semua individu terhadap keutamaan keselamatan. Matlamat utama merangka peraturan ini ialah untuk keupayaannya meminimumkan peratus kemalangan. Di antara peraturan-peraturan tersebut ialah:Mewajidkan pemakaian topi dah kasut keselamatan di kawasan tapak bina.Mewajidakan penggunaan tali pinggang keselamatan di tempat yang terbuka, tinggi serta berisiko.Peralatan dan kemudahan dipastikan sentiasa dalam keadaan baik.Mengenakan pas keselamatan apabila berada di kawasan tapak.iii.Pengawalan Keselamatan.Pengawalan dilakukan dengan melakukan rondaan oleh jawatankuasa keselamatan mengikut ketetapan yang dipersetujui.iv.Maklumat ringkas.Maklumat ringkas dibuat melalui penghimpunan pada setiap awal bulan dan dikendalikan dalam pelbagai bahasa. Melalui penghimpunan pelbagai perkara diterangkan seperti:Jenis kerja berisiko yang bakal dilaksankan.Kepentingan keselamatan.Demostrasi penggunaan pelbagai alat keselamatan.Langkah pencegahan dan salah laku yang perlu dihindarkan.Langkah Pencegahan Kemalangan Di Tapak BinaPara kontraktor perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk mencegah dari berlakunya kemalangan. Merujuk kepada struktur yang kerap digunakan, di sini dinyatakan bersama spesifikasinya (Zainal Bin Tumian, 1997).Spesifikasi Pelantar. Apa yang dimaksudkan dengan pelantar ialah stuktur penyokong kepada bahan, perkakasan dan individu yang berkerja atau sebagai satu laluan. Pemasangan pelantar yang efektif adalah sekurang-kurangnya 2 meter dari aras tanah. Berikut adalah spesifikasi yang perlu dipatuhi:Struktur pelantar sama ada kayu, keluli atau aluminium mestilah kuat, kukuh dan diikat rapat untuk keselamatan pekerja.Lebar pelantar laluan hendaklah 635mm.Lebar pelantar kerja sekurang-kurangnya 860mm.Lebar minimum pelantar kerja yang menyokong pelantar kerja yang lain ialah 1.1m.Bahan untuk struktur pelantar mestilah kuat dan berupaya menanggung beban apabila menggunakan ‘putlog’.Jika struktur pelantar kerja adalah kayu, saiz yang dicadangkan ialah:Lebar (mm)225150 (min)Tebal (mm)32(min)50Tebal dan panjang yang dibenarkan bagi struktur kayu dengan 2 penyokong ialah:Tebal (mm)323850Panjang (mm)1000(mak)1500(mak)2600(mak)Bahan-bahan mempunyai ketebalan yang sama.Bagi kerja di luar penghujung peranca, pelantar peranca hendaklah di panjangkan melebihi 610mm daripada tepi dinding.Pelantar kerja dari struktur kayu, tidak boleh terkeluar 4 kali ukuran tebal papan.Spesifikasi Tabir Jaring.Penggunaan rel-adang dan papan pacak boleh digantikan dengan tabir jarring. Antarra spesifikasi tabir jaraing ialah:Dipasang dengan kuat selari dan menengak dengan pelantar kerja.Ketinggian minimum 900mm dari permukaan pelantar kerja.Pemasangan perlu menggunakan ‘ kickplate’ dengan ketinggian minima 150mm dari pelantar kerja.Ruang maksimum antara ‘kickplate’ dengan pelantar kerja ialah 10mm.Perlindungan perlu di bahagian atas dan tempat yang terdedah untuk menghidarkan bahaya kepada pekerja.
Spesifiaksi jarring KeselamatanJaring Keselamatan dipasang bagi pembinaan bangunan tinggi untuk mencegah pekerja dari jatuh terus ke bawah. Risiko pemasangan adalah tinggi kerana ia terdedah kepada bahaya. Antara spesifikasi yang perlu dipatuhi ialah:Jarak maksimum diantara tali pengikat (boarder cord) jarring adalah 750 mm.Ukuran maksimum lenturan yang dibenarkan adalah ¼ ukuran panjang permukaan pendek.Ruang maksimum antara bangunan atau struktur dengan jarring adalah 200mmSaiz lubang jarring (mesh size) maksimum adalah 100 x 100 (mm).Jarak lintang bagi jarring yang dipasang dengan bingkai ialah 2/5 ketinggian kesel;uruhan dari tempat bekerja dengan jarring di tambah 2000 mm (2m).Spesifikasi Tangga.Tangga merupakan laluan utama sementara untuk naik ke aras seterusnya. Struktur ini perlu dibina kukuh di mana ia digunakan pada setiap tingkay peranca sebagai laluan ke pelantar kerja. Berikut adalah spesifikasi yang harus dipatuhi:Ketinggian maksimum bagi tangga besi ialah 9 m bagi tangga tunggal dan15 m bagi tangga sambunganDipasang pada kecerunan 4:1Ketinggian tangga melebihi 2 m perlu dipasngkan susur tanganKestabilan dan kekukuhan tapak tangga untuk menanggung bebanUntuk mengelakkan gelinciran dan lenturan, ia perlu diikat dan disambung pada struktur bangunan.mempunyai susur tangan melepasi 1 m dari tempat ia bertapak.Penggunaan Dan Penyenggaraan PeralatanPeralatan dan kemudahanyang disediakan di tapak binaan perlu diketahui cara penggunaan dan penyelenggaraannya. Keadaan, sifat, kemampuan, kedudukan dan jumlah yang ada perlu diambil kira supaya tidak berlaku permasalahan seperti kegagalan kren menampung beban bahan yang diangkatPenyelenggaraan berkala, kaedah penggunaan yang betul,dan kesesuaian peralatan akan menjamin keselamatan individu yang menggunakannya di samping mempunyai kemahiran yang diiktiraf. Oleh itu, penyelenggaraan atau pemeriksaan perlu dilakukan selepas peralatan atau loji digunakan untuk mengurangkan risiko kerosakan.Cadangan dan KesimpulanAntara cadangan yang sesuai adalah merencanakan program kesedaran terhadap pentingnya keselamatan seperti melalui media cetak dan elektronik, peraduan mencipta logo keselamatan (contohnya ‘ Safety First’), demonstrasi terhadap kemudahan keselamatan dan aktiviti yang terlibat dengannya.Melalui pengurusan keselamatan ini, mencari dan menggunakan system serta langkah pencegahan yang sesuai boleh meminimumkan risiko kemalangan. Fenomena ini akan mengubah pemikiran anak muda sekarang yang cenderung kepada kerja di tempat berhawa dingin memendangkan risiko- risiko yang bakal dihadapi. Tambahn pula memerlukan penggunaan tenaga dan fizikal yang maksimum. Ia merupakan salah satu punca kebanjiran buruh asing dalam sektor lain.Oleh itu, transformasi antara majikan dan pekerja perlu dalam menaiktarafkan system pengurusan keselamatan di tapak bina dan tidak dianggap satu sistem kelas bawahan.
METODOLOGI PengenalanKajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk literatur. Maka, ia tidak melibatkan kaedah atau metadologi khas untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Walaupun begitu, maklumat yang diperolehi untuk menyiapkan kajian ini diperolehi daripada bahan rujukan dan kerjasama serta temuramah.RujukanPerpustakaan Sultanah Zanariah (UTM) merupakan tempat mendapatkan bahan rujukan yang utama. Buku yang berkaitan dengan kajian ini dipimjam atau difotokopi. Selain itu, bahan-bahan rujukan lain seperti majalah, akabar dan jurnal juga dijadikan bahan rujukan. Artikal, carta, jadual atau gambar yang berkaitan difotokopi untuk dimuatkan ke dalam isi kandungan bahagian teori kajian ini. Data dan maklumat ini digabung dan disusun dengan baik di dalam bentuk penulisan teknikal bagi memastikan syarat penulisan tesis ini dipatuhi.
Kerjasama Dan Temuramah.Bagi mempastikan kajian ini dapat mencapai objektif sebenar, bantuan daripada pelbagai pihak diperlukan. Oleh itu, sesi temuramah dengan Pengurus Projek pembinaan dan beberapa orang kakitangan tapak sebuah syarikat pembinan (Syarikat Ensidesa Sdn Bhd, Kelantan) telah dilakukan. Temuramah adalah berdasarkan kepada topik amalan pengurusan tapak bina yang telah dijalankan semasa proses pembinaan dan juga melalui projek yang lepas. Segala data yang berbentuk jadual, penerangan secara lisan, jadual, dan carta yang berkaitan digunakan bagi melengkapkan kajian ini.
KAJIAN KES
PengenalanLokasi kajian kes adalah terletak di Daerah Gua Musang. Kajian kes ini merupakan cadangan Membina dan Menyiapkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan dengan anggaran kos kira-kira RM 30 juta . Pembinaan projek ini bermula dari 19hb. Januari 2001 dan dijangka siap pada 23hb. September 2002 di mana tarikh siap selepas lanjutan masa ialah pada 31hb. Mei 2004.Projek ini dilaksanakan dan diuruskan oleh syarikat Ensidesa Sdn Bhd. Kontraktor ini juga melantik beberapa sub-kontraktor untuk melaksanakan beberapa kerja-kerja ‘specialist’ seperti mekanikal dan elektrik. Kerja sub-kontraktor ini termasuklah pemasangan penghawa dingin (air-conditioning), keperluan bomba (fire fighting), kerja-kerja paip (plumbing) dan telefon. Sub-kontraktor yang terpilih ialah Kartika Juara (mekanikal) dan Sinarjaya (elektrikal). Seterusnya maklumat-maklumat yang diperolehi adalah melalui beberapa pertemuan dengan pekerja-pekerja kontraktor melalui perbincangan , pernyataan ,cadangan dan pemerhatian berkaitan pengurusan di tapak kajian. Ini termasuklah temubual dengan wakil pihak berkuasa tempatan.4.2 Jenis Tawaran Kontrak Projek ini ditawarkan menggunakan kaedah Senarai Kuantiti (Bill of Quantity) di mana ia mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR). Iaitu No Kontrak : JKR/IP/5/2001. Kontrak ini berdasarkan kepada senarai kuantiti terperinci meliputi butiran ringkas bagi kerja yang akan dilaksanakan. Setiap perkara akan diletakan kadar harganya. Semasa pembinaan kuantiti sebenar diukur semula dan kontrak dibayar mengikut kuantiti sebenar. Antara kelebihan yang diperolehi dari jenis kontrak tawaran ini ialah:Bayaran pendahuluanya (advance payment) antara 5% hingga 10 % dari kos projek.Barang-barang / bahan-bahan/ sumber adalah terkawal harganya iaitu mengikut harga pasaran.Kuantiti kerja boleh diubah semasa pembinaan tanpa menjejaskan kontrak asal.Kurangnya risiko yang di hadapi oleh kontraktor memandangkan kontraktor akan dibayar mengikut apa yang dilakukan.Perbezaan kos tidak terlalu ketara antara harga sebenar dan tender kerana kerja-kerja telah dikenalpasti secara terperinci.Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan ialah;Penenderan hanya boleh dilakukan apabila lukisan dan senarai kuantiti sudah lengkap.Tidak efektif untuk kontraktor yang melakukan kerja rekabentuk dan pembinaan.
Individu Yang Terlibat Di Tapak Kajian Dalam setiap tapak bina mempunyai pelbagai kelas pekerja . Ini adalah bergantung dengan keperluan tugas di tapak bina tersebut. Individu yang terlibat ini boleh dinyatakan melalui carta organisasi (rujuk Lampiran II). Dalam tapak kajian ini individu-individu yang terlibat secara keseluruhannya ialah:Pengarah Projek (Project Director)Penolong Pengarah Projek (Assitant Project Director)Pengurus operasi (Operation Manager)Perancang Kanan (Senior Planning)Pengurus Projek Kanan (Senior Project Manager)Pengurus Projek (Project Manager).Jurutera Projek (Project Engineer)Agen Tapak (Site Agent)Penyelaras Projek (Project Coordinator).Penyelaras Mekanikal dan Elektrik (Mechanical & Electrical Coordinator).Pegawai Keselamatan (Safety Officer)Kerani (Clerk)Penyelia (Supervisor).Sub- Kontraktor Mekanikal dan Elektrikal.4.4Tugas Dan Tanggungjawab Di Tapak KajianDisini tugas dan tanggungjawab individu yang terlibat di tapak kajian diperjelaskan serba sedikit melalui beberapa temubual yang dibuat dipejabat tapak binaan (site office).4.4.1Pengarah Projek (Project Director)Tugas dan tanggungjawab yang disandang oleh Pengarah sebagai kedudukan tertinggi dalam organisasi tapak bina adalah besar, antaranya ialah:Ia perlu memastikan keseluruhan organisasi dibawahnya menjalankan kerja dan boleh mendapatkan keuntungan.Ia perlu menentukan aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar seperti keperluan penghawa dingin, keperluan pembentungan dan kerja-kerja sub- kontraktor.Pengarah projek juga berhak memberikan kata putus atau keputusan terhadap apa juga perkara yang melibatkan projek.Beliau merupakan orang yang meluluskan segala pembayaran bagi kegunaan atau keperluan di tapak bina .Pengarah projek juga berperanan menyelesaikan masalah-masalah yang besar seperti rekabentuk dari pihak perunding.Jika dipandang secara keseluruhan (rawak), skop atau tugasnya adalah fleksibel bergantung kepada situasi dan keadaan. Bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar Pengarah perlu berkerjasama atau menjalinkan hubungan yang rapat dengan Penolong Pengarah untuk memastikan tiada pertelagahan berlaku (sering berkerja seiring)4.4.2Penolong Pengarah Projek (Assistant Project Director)Secara umunnya tugas dan tanggungjawab Penolong Pengarah Projek ialah:Membantu segala tugas pengarah mengurusan tapak binaan.Kebnayakan kelulusan pembayaran perlu disemak oleh beliau terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pengarah.Pemerhatian yang dilakukan mestilah lebih terperinci (detail) berbanding pengarah terutama yang berkaitan dengan rekabentuk daripada syarikat perunding.Apa yang dapat diperjelaskan adalah kerjasama yang padu dan jitu diperlukan daripada Penolong Pengarah Projek dalam menjayakan matlamat syarikat.4.4.3Pengurus Oparasi (Operation Manager)Pengurus Operasi sememangnya diperlukan dalam menjayakan pengoperasian segala aktiviti ditapak binaan . Antaranya tugasnya ialah:Memastikan pengoperasian projek berjalan dengan lancar mengikut jadual perancangan.Beliau juga merupakan individu yang menentukan sama ada perlu atau tidak Pegawai Keselamatan (Sefety Officer) di tapak binaan, Pegawai yang dilantik ini perlulahn mempunyai kelayakan ya g diiktiraf dan berpengetahuan luas tentang aspek keselamatan.Perlu juga dipastikan penggunaan pekerja yang minimun dengan sumbangan yang maksimum.Beliau juga boleh mencadangkan individu yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu kerja. Begitu juga berkaitan dengan kenaikan gaji dan penilaian prestasi pekerja.Kebiasaanya beliau menjadi orang tengah antara satu kumpulan kerja dengan kumpulan kerja yang lain untuk memastikan tiada pertindihan kerja ditempat yang sama. Ini juga akan mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara kumpulan kerja yang berbeza seperti kerja mengikat tetulang dengan pemasangan kotak bentuk.Pekerja juga boleh dipecat dengan arahannya sekiranya ia boleh memberi kesan terhadap kelambatan perjalanan projek iaitu tiada komitmen dalam berkerja.Pegurus Operasi biasanya menjadi rujukan oleh pihak atasan untuk mengetahui keseluruhan aktiviti dapat dijalan tanpa menghadapi pelbagai masaalah yang besar.4.4.4Perancang Kanan (Senior Planning)Pegawai Perancang Kanan merupakan individu yang diletakkan dibawah Pengurus Operasi. Antara tugas yang diserahkan atau di pertanggungjawab kepaanya ialah:Beliau adalah individu yang merancang kerja bagi satu-satu aktiviti mengikut masa yang telah diperuntukan. Contohnya projek yang dijangkakan siap dalam masa setahun dapat dikurangkan kepada 6 bulan masa pembinaan.Sekiranya berlaku kelewatan (delay) beliau adalah individu yang pertama perlu menjawab segala persoalan yang diutarakan berkaitan dengannya.Beliau juga menentukan bilakah dan janka masa sesuatu kerja boleh dilaksanakan (set duration). Iatu melengkapkan Kaedah Laluan Kritikal (Critical Path method). Beliau juga boleh menasihatkan atau mencadangkan sesuatu kepada Pengurus Operasi untuk mempercepatkan perjalanan kerja.Sekiranya perancangan kerja tidak siap dalam masa yang ditetapkan,beliau perlu membina atau membuat Kaedah Laluan Kritikal yang baru.Perancang Kanan tidak semestinya berada di tapak binaan untuk melaksanakan tugasnya. Biasanya beliau diletakan dipejabat utama dan jika perlu sekali datang membuat pemerhatian di tapak binaan.
Pengurus Projek Kanan (Senior Project manager)Pengurus projek kanan juga ditugaskan di bawah Pengurus Operasi dalam melaksanakan tugasnya.Antaranya tugas beliau adalah:Membuat laporan samaada aspek kewangan mencukupi atau tidak di tapak binaan kepada Pengurus Operasi.Sekiranya Pengurus Tapak tidak efektif atau menjalankan kerja sambil lewa ,beliau boleh mengambil alih tugas tersebut.Beliau juga boleh menasihati Pengurus Tapak seperti benrkaitan jumlah bahan yang tidak mencukupi dan lain-lain. Iaitu berperanan menolong atau membnatu tugas Pengurus Tapak.Kebiasanya Pengurus Projek Kanan semestinya lebih banyak pengalaman berbanding Pengurus Projek. Beliau ditugaskan samaada ditapak binaan mahupun dipejabat utama.
Pengurus Projek (Project Manager)Pengurus Projek biasanya mempunyai kuasa yang besar di tapak binaan. Menguasai keseluruhan perjalanan dan pengawasan projek. Antara tugasnya yang agak jelas ialah:Individu yang membuat keputusan sama ada berkaitan dengan hal pembelian, pembayaran dan lain-lain.Beliau juga membuat keputusan yang terbaik terutama jika terdapat masaalah-masaalah yang agak rumit. Begitu juga dengan rekabentuk jurutera yang tidak praktikal sekiranya diaplikasi di tapak bina seperti berkaitan dengan tetulang sama ada sesuai atau tidak untuk menghasilkan satu reabentuk ynag lebih ekonomi.Beliau merupakan individu yang menentukan perlunya kerja lebih masa (overtime) di hari minggu dan hari kelepasan yang lain.Sekiranya terdapat kesilapan ditapak bina, pemeriksaan perlu dilaksanakan olehnya.Pelaksanaan apa sahaja aktiviti buruh binaan adalah diatas persetujuan dan nasihatnya.Apa sahaja permasaalah (konflik) perlu dilaporkan kepadanya sebelum dilaporkan kepada Pengurus Operasi untuk diselesaikan seperti pemasangan dinding bata dan kerja-kerja elektrikal dalam masa dan tempat yang sama.
Jurutera Projek (Project Engineer)Jurutera Projek yang dilantik biasanya mempunyai hubungan yang agak rapat dengan pihak perunding (Consultant). Antara tugas jurutera ini ialah:Memberikan cadangan tentang beban yang kurang atau penukaran saiz an bilangan besi tetulang kepada saiz dan bilangan yang lain.Jurutera Projek juga bertanggungjawab melakukan pemeriksaan semasa kerja-kerja pemasangan dilakukan.Menjaga kos projek (Penggunaan kos yang minimum) tetapi sumber atau bahan yang berkualiti (ekonomik).Penelitian yang terperinci perlu dilakukan olehnya ke atas rekabentuk yang diserahkan oleh pihak perunding.
Agen Tapak (Site Agent)Agen tapak merupakan individu yang diberi kuasa terhadap pekerja-pekerja di tapak binaan. Segala permasaalahan berkaitan dengan buruh binaan adalah di bawah tanggungannya. Antara tugas yang diamanahkan kepadanya ialah:Mengawal semua pekerja di tapak binaan seperti tukang kayu, tulkang besi, tukang cat dan lain-lain.Boleh memberhentikan pekerja tanpa memberitahu kepada Pengurus Projek sekiranaya pelaksanaan tugas pekerja tidak praktikal.Walaupun mempunyai pengalaman yang kurang sedikit daripada Pengurus Projek tetapi beliau boleh menggantikannya dalam masa-masa tertentu.Merupakan individu yang diamanahkan untuk memagang atau menyimpan wang pejabat seperti untuk tujuan pembayaran bil air dan elektrik di tapak bainaan, khidmat kesihatan pekerja dan membeli makanan untuk mesyuarat tapak.
Penyelaras Projek (Project Coordinator)Penyelaras Projek tidak kurang juga memainkan peranan yang penting di tapak binaan . Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah:Memastikan keperluan seperti simen penghawa dingin , lif, keperluan bomba (fire Fighting),kerja-kerja paip (plumbing), dan telefon ada.Membuat program kerja (mesyuarat berkaitan penyelarasan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal) atas nasihatnya dengan sub-kontraktor yang terbabit, penyelia projek dan arkitek.Memberi nasihat kepada Pengurus Projek, Penyelaras Projek agar memberi arahan kepada pekerja untuk menjalankan kerja.Pegawai Kesalamatan (Safety Officer)Pegawai Keselamatan amat diperlukan untuk menyelaras system keselamatan di tapak binaan. Antara tugas-tugasnya ialah:Memastikan semua pekerja mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan seperti penggunaan kasut,topi dan mengenakan denda terhadap pekerja yang melanggar peraturan.Sekiranya berlaku kemalangan, beliau merupakan orang pertama yang perlu menjawab segala soalan. Begitu juga dengan kehilangan bahan binaan di tapak binaan seperti simen, besi tetulang dan lain-lain.Memastikan semua kerja mematuhi garis panduan yang tealah ditetapkan oleh Jawatan Kuasa dan Kesihatan Pekerja (JKKP) seperti kerja-kerja pemasangan peranca.4.4.11Penolong Pegawi Keselamatan (Assistant Safety officer) Keperluan Penolong Pegawai Keselamatan adala bergantung kepada saiz projek dan efektif atau tidak Kehadirannya di tapak binaan. Antara tugas yang diperuntuk kepadanya ialah:Berkerjasama dan membantu Pegawai Keselamatan menjaga Keselamatan seperti seorang di aras bawah dan seorang lagi membuat pengawasan di aras atas.Bertindak sebagai penyiasat terhadap pekerja yang tidak mematuhi peraturan.Menasihatkan tentang bagaimana menimgkatkan lagi keselamatan kepada Pegawai Keselamatan.4.4.12Kerani (Clerk)Kerani biasanya melaksanakan kerja-kerja am di pejabat tapak binaan.Antara tugas-tugas kerani ialah:Membuat draf-draf surat dan fotostat segala maklumat yang perlu.iiMembayar bil elektrik dan air, membeli stem dan keperluan makanan untuk mesyuarat.iii. Memastikan pejabat perunding di tapak binaan dibersihkan.Jurukur Bahan (Quantity of Surveyor) Jurukur Bahan biasanya diperlukan daripada bermula sehingga berakhirnya sesuatu projek . Ia memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan dan menjayakan matlamat bagi system pengurusan di tapak pembinaan. Antara tanggunjawab yang perlu dilaksanakan ialah:Menguruskan pembayaran kepada sub- kontraktor, pesanan bahan-bahan (material) dan menghantar sample-sampel atau katalog ke syarikat perunding.Merupakan penasihat undang –undang kepada sesiapa yang memerlukan khidmat berkaitan undang-undang kontrak sperti penganggaran kos.Penggantungan yang penuh terhadapnya atas keuntungan atau kerugian projek yang dilaksanakan.Memberi nasihat untuk mengurangkan penggunaan pekerja di tapak binaan.Membuat tender untuk memilih sub-kontraktor ynag berkelayakan serta boleh memberikan peratus keuntungan kepada syarikat,Menasihati Pengurus Projek untuk memesan bahan-bahan di tapak binaan sama ada benar-benar diperlu atau tidak untuk mengelakkan pembaziran (Wastage).Memastikan pembayaran dibuat terhadap bahan-bahan (material) dan gaji pekerja.Membuat laporan atau kontraktor yang boleh digunakan.Merujuk atau melaporkan kepada Pengurus Projek atau Pengarah apa yang berlaku. Beliau juga berhak untuk berkongsi maklumat atau tidak dengan Pengurus Projek.Mempunyai hak-hak yang tersendiri dan merupakan nadi dalam sesuatu projek.Membuat akuan akhir atau menutup akuan projek (Final Account) sebaik sahaja projek siap).Penyelia (Supervisor)Penyelia Tapak biasanya perlu memastikan keseluruhan kerja berjalan lancar dan sentiasa berhubung baik dengan pekerja-pekerja tapak . Antara tugasnya ialah:Memastikan tiga bahan (item ) iaitu kayu, konkrit dan tetulang dikawal dan dipastikan keselamatanya.Memastikan bilangan pekerja yang mencukupi.Meriksa kerja-kerja pekerja dan pastikania mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau diserahkan oleh wakil penguasa.Sub-Kontraktor Mekanikal & Elektrikal (M & E SubContractor)Antara tugas yang diserahkan kepada sub-Kontraktor ini ialah:Melaksanakan kerja seperti kerja-kerja paip (plumbing) mengikut spesifikasi dan pada masa yang sama membuat laporan kepada Penyelarasan mekanikal dan Elektrikal.Memastikan kerja-kerja bagi pemasangan lif seperti bila masa dipasang dan membuat penyimpanan barang yang perlu.Keperluan pemasangan system perlindungan api dan telefon.Kesimpulan Individu –individu dalam organisasi amat penting dalam menggerakkan objektif syarikat seterusnya mempamerkan satu ‘ role model’ yang terbaik. Segala tindakan dan pelaksanaan haruslah bertepatan dengan pembinaan yang mementingkan keuntungan yang selaras dengan kualiti binaan. Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang fleksibel serta kerjasama yang jitu antara ahli organisasi perlu bagi mengembeling satu hiraki pengurusan yang berkesan.Perlu juga diingatkan bahawa jumlah atau besarnya sesuatu hiraki organisasi bergantung kepada saiz projek, peruntukan kos dan masa yang dijangkakan siap. Oleh itu, Perancangan awal amat berguna untuk memastikan pemilihan, jumlah, kepakaran, komitmen dan keperluan ahli boleh memberikan satu pengurusan yang inovatif dan efektif.
MENGANALISA SISTEM PENGURUSAN DITAPAK KAJIANPengenalanBagi kajian kes ini, penganalisa secara kasar telah dilakukan untuk melihat sejauh mana pihak kontraktor mengaplikasikan pengurusan di tapak kajian. Daripada data yang diperolehi daripada projek tersebut, didapati terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya kelewatan di tapak bina dan diantaranya melibatkan beberapa aspek dalam pengurusan tapak bina.Menganalisis Sistem Di tapak Bina.Pemantauan ke atas perlaksanaan projek mendapati kemajuan sebenar ditapak adalah 11% berbanding perancangan 20% iaiti lewat 9% atau mengikut masa adalah 75 hari. Hasil dari perbincangan dan maklumbalas dari kontraktor, beberapa kelemahan telah dikenalpasti dan perlu diambil tindakan segera bagi membaiki keadaan dan seterusnya menggalakkan peratus kemajuan sebenar ditapak. Kelemahan yang dikenalpasti dan dibincangkan adalah seperti berikut:
Penstrukturan Semula Pekerja Ditapak Daripada perancangan kerja mingguan yang dirancang didapati separuh tidak dapat dicapai dan parameter kerja pengkonkritan merupakan penyumbang utama kepada kegagalan ini. Ini kerana kebanyakan kerangka struktur bangunan sepatutnya telah dikonkrit tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan pekerja yang berpunca dari bilangan dan kaedah penyusunan kumpulan pekerja yang tidak menyuluruh dan tidak mencukupi. Selain itu, tindakan kearah melahirkan semangat bekerja secara berpasukan juga perlu ditingkatkan.Kekurangan Bahan BinaanPikak kontaktor didapati tidak merancang dan mengambil tindakan awal ke atas keperluan bahan-bahan binaan yang diperlukan ditapak. Berdasarkan kepada perancangan kerja, kesemua blok bangunan kecuali bangunan Ibu Pejabat Polis sepatutnya kerja sub-struktur telah siap dijalankan. Walaupun kelewatan ini disedari (kelewatan) tetapi tiada tindakan awal yang bersungguh-sungguh diambil unatuk mengatasinya kecuali pada sebelumnya dicadangkan untuk mendapatkan bekalan cerucuk tambahan daripada pembekal kedua. Tindakan ini agak terlewat kerana jurang prestasi sebenar dan perancangan yang tersasar jauh. Pihak kontraktor disaran agar sentiasa menyemak jadual perancangan dan mengenal pasti keperluan bahan-bahan binaan terutamanya bahan yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran supaya tindakan awal dapat diambil.Mempelbagaikan Aktiviti KerjaPihak kontraktor disarankan samaada melalui mesyuarat mahupun perbincangan tapak supaya mempelbagaikan aktiviti kerja di tapak tetapi tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Daripada pemantauan yang dibuat didapati corak pembinaan yang dilaksanakan di tapak hanyalah tertumpu kepada kerja-kerja kerangka utama (konkrit tetulang). Kerangka konkrit tetulang bagi bangunan kantin, bengkel kenderaan, surau dan kuarters yang menggunakan asas cetek sebagai contoh didapati telah lama disiapkan tetapi tidak disusuli dengan aktiviti lain seperti dinding batu-bata atau struktur bumbung. Amalan sebegini perlu diubah tambahan pula prestasi semasa yang sudahpun terlewat (rujuk lampiran B).Kekurangan Tenaga Pekerja.Keperluan tenaga pekerja sekurang-kurangnya 250 orang berbanding tenaga pekerja ditapak sediada seramai 154 orang. Keutamaan perlu difokuskan kepada tukang kemasan dinding dan lantai (plasterer). Ini dapat diperhatikan hamper 70% bangunan kuartes telah siap pemasangan dinding batu-bata empat bulan yang lepas tanpa disusuli dengan kerja kemasan. Keutamaan kedua adalah pekerja pemasangan bumbung.Perubahan Dokumen Kontrak.Daripada data yang diperolehi seperti dalam jadual 4.5 sepanjang tempoh perlaksanaan projek terdapat sebanyak 6 kali perubahan kontrak berlaku yang mana kesan terhadap perubahan ini menyebabkan pertambahan masa perlaksanaan projek.Dapatlah dirumuskan disini terdapat kelemahan dalam penyediaan dokumen kontrak dimana ianya melibatkan penyediaan lukisan (plan) dan juga kehendak-kehendak pelanggan ditokok tambah setelah proses tender dikeluarkan.Menepati MasaIaitu mempercepatkan perjalanan kerja dan siap pada masa yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan aspek kualiti kerja dan kualiti pembinaan. Pencapaian aspek ini juga bergantung kepada keadaan persekitaran,cuaca dan sumber yang ada (diperlukan).
Elakkan PembaziranBerkisar isu ini, pembaziran yang dimasudkan termasuklah pembaziran tenaga buruh,bahan,masa dan kewangan yang secara tidak langsung menyebabkan pengaliran keluar wang syarikat tanpa pulangan yang setimpal. Pembaziran ini turut memberi kesan terhadap kelancaran dan keberkesanan aktiviti projek.
Kesimpulan Daripada pengamatan terhadap sistem pengurusan di tapak kajian ini kita dapat ketahui serba sedikit akan kemajuan projek, permasalahan, keberkesanan dan sumbanganya dalam mengarap dan menerap kualiti kerja dari masa ke semasa.Iktibar yang di perolehi adalah :Perlaksanaan kerja perlu dirancang secara terperinci dalam menghindar risiko kemungkinan.Setiap masalah kelewatan ada jalan penyelesaiannya dan bukan penyebab untuk mendapatkan masa tambahan tanpa alas an yang konkrit.Tidak mustahil untuk mencapai kualiti yang dijangkakan walaupun peruntukan masa adalah terhad.Setiap aktiviti memerlukan agihan tugas berserta komitmen pekerja (seluruh ahli organisasi) yang seimbang dan berpadanan.Oleh itu, sebagai pengurus sesuatu kita perlu bijak mengendali seluruh struktur organisasi di samping peka kepada permasaalahan yang bakal timbul dan berani menempuh risiko kerugian.KESIMPULAN DAN CADANGANKESIMPULANPengurusan tapak yang berkesan perlu bagi menjaga susunatur perjalanan projek sama ada projek itu besar atau kecil. Berdasarkan sistem yang berkesan dan perlaksanaan langkah-langkah yang bijak bagi mengatasi masalah yang berlaku. Ia boleh membantu meningkatkan prestasi kerja dan kualiti disamping berpotensi memperbaiki masa atau tempoh pembinaan.
Berdasarkan objektif kajian seperti yang diterangkan dalam kajian kes ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat:Berdasarkan objektif yang pertama, antara elemen-elemen penting yang dapat dikenalpasti untuk menjayakan pengurusan tapak pembinaan ialah:Memeriksa lukisan-lukisan yang diserahkan.Perancangan yang lebih terperinci terhadap hasil pengeluaran.Organisasi dan pelan susunatur tapak. Setting Out.Keselamatan.Pengoperasian dan penyenggaraan loji.Memeriksa, melapor dan merekod segala sumber di tapak bina.Tempat penyimpanan sumber.Pembayaran gaji dan upah.Penyelia dibayar mengikut gaji hari.Pemilihan, pengambilan dan pembuburan terhadap jenis pengoperasian.Skim pendekatan atau insentif terhadap pengoperasian.Perunding dengan “trade unions”.Latihan ditapak bina (site training).Kawalan kualiti.Kawalan kos ditapak bina.Mesyuarat tapak (site production meeting & minuts)Bertanggungjawab terhadap gaji pekerja..Perundingan dengan penasihat professional pelanggan (negotiating with client’s prosional advisors).Perancangan umum (general programme).Menilai perjanjian berdasarkan hasil kerja yang telah diselesaikan (agreement of measurement of work done).Melalui objektif yang kedua, ia dapat memperlihatkan cara pengurusan yang dilaksanakan oleh syarikat pembinaan. Antara kaedah pengurusan yang dilakukan ialah:
Pengurusan buruh.Pengagihan buruh adalah bergantung kepada keperluan dan kemahiran buruh.Terdapat dua jenis buruh yang digunakan di tapak kajian iaitu buruh mahir dan tidak mahir di mana pembayaran gaji adalah berdasarkan kemahiran.Pengurusan sumber.Pengurusan sumber adalah penting untuk menjamin kualiti, ketahanan dan mengelakkan pembaziran kerana kos sumber melibatkan lebih 60 % daripada ekuiti kos projek. Pengurusan bahan adalah dari segi:Kawalan tempahan dan pembelian.Jadual penghantaran.Penyimpanan.Pemilihan dan pengurusan konkrit.
Pengurus loji.Pengurus loji amat membantu dalam mempercepatkan tempoh pembinaan . loji di tapak kajian adalah diperolehi daripada penyewaan ,pembeliaan dan kepunyaan sendiri.Antara loji yang biasa digunakan ialah kren, lori, pembancuh simen dan alat pengimpal. Agen tapak merupakan individu yang dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan terhadap loji.Pengurusan masa, Kos dan kualiti.Pertalian antara ketiga- tiga aspek diatas sangat kuat. Ditapak bina ia diuruskan dan dibawah kuasa pengurus Projek dan agen tapak. Masalah pertambahan masa adalah merujuk kepada fasal 43(a) hingga 43 (k)- PWD 203 A (Rev. 10/83)Pengurusan kualiti lebih tertumpu kepada bahan dan kemahiran buruh. Penilaian kualiti penting dalam mencapai objektif pembinaan dan ia banyak bergantung kepada masa yang diperuntukan.Pengurusan Keselamatan.Pengurusan keselamatan adalah mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatab Keselamat dan Kesihatan Pekerja (JKKP) terutama berkaitan tangga laluan, laluan keluar dan masuk, kebersihan tapak dan pemasangan peranca. Langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan din tapak kajian ialah:
Menenpatkan pegawai keselamat di tapak bina.Mengadakan ceramah keselamatan.Penyediaan kemudahan dan peralatan keselamatan seperti topi,sepatu keselamatan, jarring keselamatan dan lain-lain.Berdasrkan kajian kes ini, penyelarasan pengurusan disemua peringkat dilaksanakan secara menyeluruh supaya system pengurusan berkesan boleh menjanakan satu organisasi yang professional atau berwibawa dan berorentasikan keuntungantanpa mengabaikan tiga aspek yang dinyatakan iaitu kos,masa dan kualiti.Ojektif ketiga pula untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh syarikat pembinaan di tapak kajian. Daripada kajian yang di buat masaalah yang dikenal pasti adalah:Kelewatan kerja atau pertambahan masa.Terdapat perubahan kerja semasa kerja-kerja dijalankan disebabkan oleh permintaan pelangganKelewatan mendapatkan pembayaran daripada pihak pelanggan hingga lebih daripada sebulan menyebabkan kesukaran dan kelewatan pembayaran gaji pekerja. Seharusnya perkara ini perlu dielakkan untuk menjaga kebajikan pekerja.Sukar mendapatkan buruh tempatan dan juga buruh warga asing . Seterusnya beberapa cadangan telah diutarakan di dalam 6,2 bagi memperbaiki dan mepertingkatkan system pengurusan pembinaan di tapak bina.CadanganCadangan ini merupakan alternatif bagi meperbaiki sistem pengurusan yang berhemah dan berkesan. Sebagai salah satu langkah membuat perubahan yang agak drastik terhadap teknologi pembinaan. Antara cadangan -cadangan tersebut ialah:Para kontraktor perlu menyedikan system pengurusan yang lebih professional dan bersedia melabur wang kearah itu. Contohnya:Memberi latihan secara efektif kepada pekerja seperti latihan di Institut Latihan pembinaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.Meningkatkan kemahiran pekerja sama ada tempatan atau rakyat asing.Melantik pekerja-pekerja yang mempunyai asas teknikal untuk memudahkan perjalanan aktiviti dan memahami maksud arahan dengan jelas.Memberi penjelasan dan penerangan berkaitan dengan keselamatan di tapak bina terutama yang berkaitan keselamatan diri dan orang lain kerana aspek ini merupakan penyumbang kepada statistik kemalangan di sektor pembinaan . kontraktor perlu mengambil langkah yang bijak terutama berkaitan dengan penggunaan peralatan dan kawasan di mana pekerja menjalankan aktiviti. Pendekatan yang lebih jelas perlu diberikan secara:Mendemostrasikan cara pengguaan peralatan yang berpotensi menyebabkan kemalangan seperti penggunaan kren, peranca, peralatan yang tajam dan peralatan mengimpal.Mengadakan ceramah atau taklimat ringkas kepada pekerja secara formal sebelum sesuatu projek dilaksanakan atau dimulakan.Melatihkan individu tertentu untuk menjaga , mengguna ,menyenggara dan membaikpulih peralatan khas yang memerlukan pemerhatian yang lebih.Menyarankan agar para kontraktor bergabung tenaga bagi menubuhkan persatuan khas (dengan kerjasama Pusat Khidmat kontraktor) yang bertindak atau berfungsi menjaga dan menyewakan loji-loji tertentu kepada ahlinya. Loji yang dimaksubkan ialah mempunyai nilai yang terlalu tinggi dan efektif diprakitkan di tapak binaan. Ini akan membantu mengurangkan kos pembinaan.Walau bagaimanapun kadar penyewaan haruslah berpadanan dengan kemampuan kontraktor dan setaraf dengan kulilti jentera yang berada di pasaran semasa

No comments:

Post a Comment